Home Berita PAS Kedah

Pelepasan 50,000 benih udang galah tingkat sumber perikanan

490
SHARE

 

 

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 5 MAC – Sebanyak 50,000 benih udang galah dilepaskan ke Sungai Muda dalam usaha menambah stok perikanan bernilai tinggi di perairan berkenaan.

Menerusi facebook Ustaz Hj. Ahmad Fadzli bin Hashim, beliau berkata pelepasan benih udang galah itu dapat memperkayakan sumber udang galah di perairan Sungai Muda sekaligus dapat membangunkan lagi ekonomi penduduk di DUN Pantai Merdeka.

Katanya, beliau berharap nelayan darat dan masyarakat setempat dapat memanfaatkan kekayaan sumber perikanan yang disediakan dengan sebaik mungkin.

“Dengan pelepasan 50,000 ekor benih udang galah diharapkan dapat meningkatkan stok dan memperkayakan sumber udang galah di perairan Sungai Muda, Kuala Muda Ini adalah Usaha dan inisiatif Pejabat Perikanan malaysia dalam melestarikan sumber perikanan semulajadi kita agar hasilnya dapat dinikmati oleh orang ramai serta kumpulan sasar khususnya Komuniti Perikanan Darat di sini.” Katanya

Beliau berkata demikian di facebooknya ketika memuat naik beberapa foto beliau ketika menghadiri majlis pelepasan udang galah yang bertempat di Pengkalan Sepit Biru semalam.

Untuk makluman Pengkalan Sepit Biru terletak di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal telah menjadi tumpuan berikutan mula dikenali sebagai lubuk udang galah sejak dibangunkan pada 2020 dan Pengkalan Sepit Biru merupakam antara tarikan yang ada di DUN Pantai Merdeka.

Turut hadir Pegawai Perikanan, Ajk PKWR DUN Pantai Merdeka dan Ahli-ahli Pengkalan Sepit biru serta penduduk setempat.