Oleh: SITI AMINAH ZAMILUDDIN
PADANG SERAI – Seramai 70 orang pelajar sekolah menerima sumbangan dalam Majlis Sumbangan Kebajikan dan Sumbangan ‘Back to School’.
Perasmian dan sumbangan tersebut telah di sempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas YB.Dato’ Siti Ashah Ghazali di Masjid Kampung Terat Batu, Padang Serai.
YB turut berasa seronok melihat telatah anak-anak yang mendapat sumbangan yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Beliau berkata, “anak-anak ini akan menjadi pimpinan di masa hadapan samada pimpinan keluarga masyarakat, negeri atau negara”.
“Semoga sumbangan ini dapat menceriakan hari anak-anak untuk persekolahan pada sesi yang akan datang ini”.
“Dan selamat bersekolah untuk sesi hadapan. Tuntulah ilmu sebaik mungkin.” Ujar YB. Ashah.