Home Berita PAS Kedah

Lajnah Kebajikan PAS Padang Serai ziarah anak yatim

47
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG SERAI – Lajnah Kebajikan PAS Padang Serai bersama Majlis Guru-Guru Pasti Kawasan telah turun menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pelajar Pasti Munawwarah adik Fairuz Dayana.

Beliau baru sahaja kehilangan ibu tersayang akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.Manakala ayahnya juga telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu akibat masalah jantung.

Menurut ibu saudara adik Fairuz,mereka semua ada empat beradik yatim piatu dan di jaga oleh nenek mereka,dan ibu saudaranya akan membawa keempat- empat beradik balik ke kampung neneknya di Taman Lagenda, Sungai Dua,Pulau Pinang.

“Semoga arwah ibu dan ayah mereka di tempatkan bersama golongan para solihin.

Dan bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan untuk aktiviti kebajikan dan pembelian kenderaan 4×4 salurkan ke akaun 02057010049377 bank islam lajnah kebajikan Pas Kawasan Padang Serai”ujar dari wakil lajnah tersebut.