TANAH MERAH, 24 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab Rahman menasihati rakyat khasnya golongan belia memanfatkan setiap bantuan yang diterima daripada Kerajaan Kelantan dengan sebaik-baiknya.
Beliau berpesan demikian ketika menyantuni anak muda menerusi Program Isi Minyak Petrol Motosikal Percuma Zon 1 di Felda Kemahang, semalam.
Katanya, program seperti ini adalah sebagai meraikan golongan anak muda yang mana setiap warga dapat manfaat daripada sumbangan berbentuk kebajikan ini.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri turut menasihati warga supaya menggunakan faedah ini dengan sebalik-baiknya untuk urusan kerja bagi mendapat rezeki yang halal.