KOTA BHARU, 18 Jan: Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyantuni Ahli Majlis dan Penghulu Tiong Hwa Parlimen Kota Bharu sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di Pusat Khidmat Parlimen (PKP) Kota Bharu, semalam.
Beliau turut menasihati semua ahli majlis dan para penghulu agar terus bekerjasama serta menyantuni setiap lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum di Kota Bharu dan Kelantan khususnya dalam memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan negeri kepada masyarakat Tiong Hwa.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan angpau dan limau kepada pemimpin masyarakat Tiong Hwa.
Turut hadir, Ahli Majlis MPKB-BRI, Lim Guang Seng, Setiausaha Pusat Khidmat DUN (PKD) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman serta para Penghulu Tiong Hwa Kota Bharu.