Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
TANJUNG DAWAI,25 JAN – ADUN Kuala Ketil merangkap Pengerusi PKB Builers Sdn Bhd YB.Mejar (B) Hj Mansor bin Zakaria meninjau projek benteng pemecah ombak di Kg Huma, Tanjung Dawai.
Menurut YB, projek tersebut telah dimulakan sejak sebulan yang lalu dan benteng sepanjang 600 meter itu dibina bagi mengatasi masalah hakisan pantai yang semakin parah.
ADUN Tanjung Dawai YB.Ustaz Hanif Hj Ghazali turut bersama sepanjang tinjauan ke tempat projek, beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak Kerajaan Negeri, Kewangan Negeri, JPS dan PKB Builders selaku pelaksana projek tersebut.