Home Berita PAS Kedah

Patah kaki selepas kemalangan dengan lori

56
SHARE

Oleh: Nor Fatin

ALOR SETAR,25 JAN – Syazarina Saari mengalami patah kaki selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Kemalangan tersebut berlaku ketika Syazarina dalam perjalanan untuk mencari rezeki. Walaubagaimanapun, Syazarina yang bekerja sebagai seorang pengutip sayur itu reda akan kejadian yang menimpanya.

Dalam keadaan kaki dibalut, Syazarina masih mampu untuk berbual dengan keadaan tenang dan tersenyum kepada tetamu yang datang menziarahinya.

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada YB Ustaz Hassan Saad, Ahli Parlimen Baling. Beliau memberi sedikit sumbangan tunai dan barang keperluan kepada Syazarina.

“Hebatnya kaum wanita ni, mereka ni tabah. Sebab tu Allah ciptakan orang perempuan ni lemah lembut.

Waktu kita orang lelaki ada masalah, mereka lah yang akan bantu kita untuk sabar dan cari jalan keluar.” kata YB.