Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
PEDU – Seramai 20 orang kaum Tiong Hua Dun Pedu telah menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina daripada ADUN Pedu YB.Hj Mohd Radzi Md Amin.
Sumbangan tersebut telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu.
“Program ini merupakan salah satu program Kerajaan Negeri Kedah yang telah di susun untuk pelbagai masyarakat yang berbilang kaum dan tanpa memilih bulu.”, ujar Mohd Radzi.
Menurut Mohd Radzi, jika ada sebarang aduan, perlukan bantuan atau ada ahli keluarga yang sakit boleh maklum kepada beliau sendiri, maklum kepada wakil kampung ataupun datang terus ke pejabat.
“Semoga kita hidup dalam masyarakat yang aman dan harmoni serta saling menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama dan bangsa”ujar beliau lagi.
Turut hadir bersama ialah Pegawai Khas Adun Mohammad Bin Talib dan Ahli Jawatankuasa PKWR Dun Pedu.