Home Berita PAS Pahang

Katil pesakit gembirakan hati warga emas

47
SHARE

Oleh KASDI KOSMIN

SEMAMBU, 20 Jan :: Seorang warga emas gembira menerima sebuah katil pesakit sumbangan daripada Pusat Khidmat Masyakarat PAS DUN Semambu (PKMPDS) di rumahnya di Taman Perumahan Padang Maju, dekat sini kelmarin.

Warga emas berkenaan, Maznah Hamzah 73, kini sakit dan masih menggunakan kerusi roda dan terlantar sejak 2021 akibat penyakit kanser darah yang dihadapinya.

Beliau yang ditemui di rumahnya  berkata, beliau mengalami masalah pergerakan dan masih menjalani rawatan yang berterusan.

Beliau bersyukur kerana ada anak dan menantu yang menjaganya dengan baik sepanjang dia terlantar sakit.

Anaknya Mohd Zulkifli Maaip dan isterinya melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan sumbangan katil tersebut yang sangat membantu mereka dalam rutin harian menguruskan ibunya.

Sementara itu, Ustaz Zulfadli Zakariah selaku Pengarah PKMPDS berkata, sumbangan berkenaan sebagai tanda ingatan dan keperihatinan pihaknya kepada mereka yang berada di dalam kesusahan.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat memberi kelegaan kepada pesakit dan ahli keluarga yang menguruskannya.

Katil pesakit tersebut telah disampaikan melalui PAS Cawangan Kampung Padang.