Home Berita PAS Kelantan

Terima kasih kerajaan negeri, majukan Bandar Pasir Puteh

73
SHARE

PASIR PUTEH, 18 Jan: “Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memajukan bandar Pasir Puteh dengan menyediakan kemudahan prasarana yang baik kepada peniaga di Pasar Siti Hajar dengan tempat yang selesa. Diharapkan untuk akan datang ianya boleh ditambahbaik lagi.”

Demikian kata Bakri Mahmood atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yie, 58 ketika ditemui semalam.

Beliau yang telah membuka perniagaan kedai makan sup lebih 30 tahun berkata, sebelum berpindah ke Pasar Siti Hajar lima tahun lepas, dia mengharapkan hasil jualan dalam RM300 sehari sahaja, tetapi sebaliknya beliau telah mendapat hasil jualan yang berlipat kali ganda daripada itu.

Sementara itu Wan Nisah Sulong, 62 tahun yang mengusahakan perniagaan selipar di pasar tersebut berkata, beliau berterima kasih kepada pihak Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) kerana sentiasa mengambil cakna terhadap keperluan dan masalah yang dihadapi oleh peniaga di situ.

Sebagai rekod, Pasar Siti Hajar telah mula beroperasi di Bandar Tok Janggut sejak Ogos 2018 dan ianya menempatkan 569 peniaga di ruang pasar basah, makanan kering, kuih-muih, pakaian, makanan, minuman serta sayuran dan buah-buahan.