Home Berita PAS Kelantan

Majlis Penyampaian Sumbangan Cakna Suri dan Aulad Peringkat DUN Pengkalan Kubor

190
SHARE

TUMPAT, 17 Jan: Seramai 119 orang penerima Cakna Suri dan 78 orang penerima Cakna Aulad diraikan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cakna Suri dan Aulad Peringkat DUN Pengkalan Kubor, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Wan Roslan Wan Hamat merasmi dan menyampaian sumbangan tersebut yang diadakan di Dewan Imtiyaz Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor.

Setiap penerima menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100.

Menurut YB Wan Roslan, kriteria penerima sumbangan Cakna Suri adalah dipilih dari kalangan suri rumah yang mempunyai suami yang tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai tanggungan lebih daripada dua orang.

“Manakala penerima sumbangan Cakna Aulad pula dipilih berdasarkan kriteria bayi yang dilahirkan pada tahun 2022 dan lahir di negeri Kelantan,” katanya yang juga selaku Exco Kerajaan Negeri.