KOTA BHARU, 17 Jan: Sehingga Oktober 2022, negeri Kelantan telah mencatatkan pengeluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pertanian dan industri hiliran sebanyak 6,419.50 metrik tan dengan nilai RM 64 juta dan pengeluaran dijangka dapat ditingkatkan sehingga tiga peratus setiap tahun.
Selain itu, peruntukan RM 250 ribu dalam membantu meningkatkan ilmu melalui insentif pakej teknologi terkini juga telah memberi manfaat kepada 29 usahawan tempatan dalam meningkatan pendapatan dan hasil usahawan.
Sementara itu, peruntukan RM500 ribu sebagai pemberian insentif kepada usahawan yang berpotensi tinggi juga telah meningkatkan hasil pengeluaran usahawantani sebanyak 704.85 mt dengan nilai RM3.1 juta.