Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA KETIL,15 JANUARI – Penduduk Kampung Parit Panjang dan Kampung Bukit Endoi pelbagai kategori telah menerima sumbangan dari Pegawai kewangan Negeri Kedah YB.Dato’ Isahak kelmarin.
Seramai 50 orang penerima bekalan makanan,150 kanak-kanak sekolah dan tujuh orang pesakit yang terlantar yang telah di lawati dan di raikan.
Berkata ADUN Kuala Ketil YB.Mejar(B) Mansor Zakaria,
“Kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan”,”Terima kasih daun keladi kalau boleh datanglah lagi”.Itulah yang hanya boleh diucapkan beliau.
YB merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan kepada penduduk kampung dalam bentuk kewangan, bekalan makanan, peralatan kembali ke sekolah,buku-buku serta barangan percuma market.
“Juga terima kasih kerana sekali lagi memilih DUN Kuala Ketil sebagai destinasi penyerahan sumbangan.
Turut hadir bersama Timbalan pejabat kewangan, Pembendaharaan Kedah, Perpustakaan Negeri,Puspanita dan Pejabat Kesihatan Daerah,Penghulu Mukim Teloi, JPKK Parit Panjang dan Kg.Charok Bakap,Ahli Surau An Nur serta HALWA Dun Kuala Ketil.