Home Berita PAS Kelantan

Buku ketujuh MB, bukti Kelantan serius tekankan integriti

164
SHARE

KOTA BHARU, 11 Jan: Antara kompetensi luar biasa Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob ialah prolifik menghasilkan karya bermesej dakwah.

Buku terbaharu tulisannya berjudul Nazafah Diri dan Integriti terbitan UKMB Resourses, 2022 adalah naskhah ketujuh yang ditulis dengan gaya bahasa santai dan mesra pembaca.

Buku tersebut menekankan perihal perjuangan mengangkat sifat integriti sebagai keutamaan dalam diri setiap insan khasnya penjawat awam.

Buku yang mengandungi 29 tajuk itu memaparkan pandangan bernas penulis berlatarkan kisah inspirasi daripada al-Quran dan hadis.

Paparan setiap topik amat menyentuh perasaan pembaca khususnya dalam membentuk nazhafah diri dan sifat kebertanggungjawaban serta integriti kerana huraiannya ringkas tetapi padat amat mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Penggemar buku boleh menghubungi penerbit di talian 09-7406359 untuk mendapatkan naskhah masing-masing dengan harga berpatutan.