Home Berita PAS Kelantan

Tayangan bola sepak skrin besar dekatkan pemimpin, rakyat

29
SHARE

KOTA BHARU, 11 Jan: Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menyifatkan penganjuran tayangan skrin besar perlawanan bola sepak dapat mendekatkan pemimpin dan rakyat.

Beliau memuji usaha sama mantap Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) selaku penganjur tayangan semi final pusingan kedua pasukan Malaysia lawan Thailand.

“Tahniah kepada penganjur iaitu U-Bes dan JBSNK serta terima kasih pihak Mydin Mall atas kesudian membenarkan tayangan skrin besar diadakan di tempat tumpuan awam,” katanya selepas menonton tayangan perlawanan tersebut bersama para peminat sukan bola sepak di Mydin Mall Tunjong, semalam.

Turut hadir, Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Zuraidin Abdullah.