Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA NERANG,11 JANUARI – Ahli Parlimen Padang Terap Yang Berhormat Ustaz Nurul Amin Abd Hamid bersama Hj.Mahamad Yusuf Hashim turun menziarahi seorang pelajar sekolah untuk memberi sumbangan kerusi roda.
Adik Umairah pelajar darjah tiga dari Sekolah Kebangsaan Padang Sanai, Kuala Nerang, mengalami kesukaran untuk berjalan di sebabkan sakit kulit di kakinya.
YB.Ustaz Nurul Amin menziarahinya di rumah dan menyampaikan sumbangan kerusi roda bagi memudahkan pergerakkan adik Umairah.
YB amat bersimpati dan turut mendoakan agar adik Umairah cepat sembuh dan moga Allah permudahkan segala urusan keluarganya.