Home Berita PAS Kedah

JPKK Kampung Selarong terlibat dalam kemalangan

104
SHARE
Oleh: Nor Fatin

ALOR SETAR, 12 JAN – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Selarong, Jamaluddin Abdullah terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada Penyelaras Dun, Tuan Zakaria Sulaiman. Oleh hal demikian,beliau turun untuk menziarahi ke rumah Jamaluddin semalam, bagi melihat perkembangan kesihatan Jamaluddin.

Dalam ziarah tersebut, keluarga Jamaluddin berkata kejadian berlaku ketika Jamaluddin dalam perjalanan menuju ke bandar dari rumah ibunya.

“Dia terjatuh daripada moto selepas cuba mengelak suatu objek yang tidak dapat dikenal pasti” kata ahli keluarga Jamaluddin.

Kemalangan yang belaku di Kg.Kubang Buaya Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar itu mengakibatkan Jamaluddin mengalami kecederaan patah tulang rusuk selain kecederaan dibahagian kepala. Semasa kejadian, beliau tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dengan bantuan orang ramai.

Zakaria turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sedikit sumbangan kewangan secara peribadi kepada keluarga Jamaluddin dan mendoakan kesembuhan buat Jamaluddin.

“Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT agar Jamaluddin segera diberi kesembuhan untuk terus memberi khidmat bakti sebagai Pengerusi JPKK yang dilantik oleh kerajaan.” Katanya.