TANAH MERAH, 8 Jan: Pasukan Averages FC menjuarai Perlawanan Bola Jaring 2023 Generasi Felda Kemahang di Kompleks Sukan Felda Kemahang 2, Sabtu lalu.
Naib johan diraih oleh Pasukan Senorita manakala Pasukan Jaguar FC berpuas hati menduduki tempat ketiga.
Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang, Datin Nor Asikin Ahmad merasmikan perlawanan yang disertai tujuh pasukan itu mewakili suaminya yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman.
Dalam ucapannya, Datin Nor Asikin menyuntik motivasi kepada para peserta kejohanan agar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta mengeratkan silaturahim sesama pemain.