Home Berita PAS Kelantan

Syukur, terima kasih Kerajaan Kelantan fahami nasib rakyat – Khairul Faizal

271
SHARE

TUMPAT, 2 Jan: Tiada rasa dapat digambarkan, tiada perkataan mampu diluah selain berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan pimpinan setempat kerana memahami nasib rakyat yang kekurangan.

“Kini kami sekeluarga dapat tempat berteduh yang selesa,” ucap penerima Rumah Dhuafa’, Khairul Faizal Mahamad, 40.
Atas keprihatian dan rasa tanggungjawab dengan nasib yang menimpa beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah menyerahkan kunci Rumah Dhuafa’ sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada Khairul Faizal.

Kemudian, YB Mohd Rosli mengadakan solat hajat di rumah itu bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk keluarga tersebut, semalam.

Terdahulu, Khairul Faizal yang berniaga di pasar malam dan pasar pagi untuk menyara isteri dan empat anak mereka. Tiga daripadanya mengidap penyakit Talasemia.

Sebelum ini, keluarga tersebut menumpang di rumah keluarga berdekatan di kampung berdekatan.

Sehubungan itu, YB Mohd Rosli berharap sumbangan Rumah Dhuafa’ itu dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk merasai memiliki rumah sendiri.

Kerajaan Kelantan menanggung sepenuhnya pembinaan rumah bernilai RM55 ribu itu di atas tanah hak milik penerima.