Home Berita PAS Kelantan

Terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor -MB

436
SHARE

KOTA BHARU, 28 Dis: Ekoran daripada peristiwa banjir yang melanda negeri Kelantan tempoh hari yang menyebabkan ramai rakyat terkesan, Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Amirudin Shari hadir menyampaikan ketandaan sumbangan bantuan banjir RM500 ribu kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob di sini, semalam.

Menurut YAB Menteri Besar, beliau mewakili Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas atas keprihatinan dan kebersamaan terhadap musibah banjir yang berlaku di negeri Kelantan.

“Kerajaan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan sukarelawan SERVE & PANTAS daripada Selangor yang turun memberi bantuan khususnya bagi membantu mangsa banjir,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat di Kelantan dan Terengganu yang dilanda musibah banjir dan sumbangan berbentuk kewangan dihulurkan untuk meringankan beban mereka.

Turut hadir ialah YB Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Khairuddin Othman.