Home Berita PAS Kelantan

Seramai 95 kanak-kanak ikuti Program Khitan DUN Pantai Irama

48
SHARE

BACHOK, 27 Dis: Seramai 95 orang kanak-kanak ikuti Program Khitan DUN Pantai Irama yang diadakan di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pantai Irama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, YB Mohd Huzaimy Che Husin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

“Selain kepada ibu bapa, terima kasih juga kepada para penghulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Amal dan team madik yang telah memberi kerjasama yang cukup baik dan memuaskan,” katanya.

Turut hadir meraikan kanak-kanak, Ahli Parlimen Bachok, YB Mohd Syahir Che Sulaiman dan kakitangan PKD Pantai Irama.