GAAL, 26 Dis: Terkesan dengan nasib mangsa banjir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal YB Mohd Rodzi Ja’afar mengambil langkah segera menyumbang khidmat bakti melalui Ops Gonyoh Gaha kepada rakyat yang terkesan dengan masalah banjir di kawasan DUN tersebut.
Sementara itu, kongsinya melalui laman sosial kehadiran para NGO dari hulu langat selangor ternyata telah memudahkan lagi urusan kerja pembersihan rumah-rumah penduduk, jalan raya dan kawasan sekitar dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa banjir.
“Syukur Alhamdulillah hari ini menerima kehadiran NGO dari Hulu Langat yang datang membawa bantuan banjir. Menyambut ketibaan insan-insan berjiwa kebajikan di pejabat,”ulasnya.
Dalam pada itu, sumbangan bantuan banjir turut diagihkan kepada beberapa buah keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Turut hadir bersama Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.