Home Berita PAS Kelantan

ADUN Kemahang bersama jentera agih bantuan banjir

144
SHARE

TANAH MERAH, 25 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman turun padang melawat serta menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir dari rumah ke rumah dalam kawasan DUN Kemahang, semalam.

Turut membantu mengagihkan bantuan ialah pemuda dan Jabatan Amal DUN Kemahang.

Manakala di sesetengah tempat agihan bantuan diuruskan oleh Penghulu-penghulu Mukim supaya bantuan dapat disegerakan.
Menurut Dato’ Md Anizam yang juga Exco Kerajaan Negeri, ramai keluarga yang tidak sempat membuat persiapan awal menghadapi banjir kerana itu bantuan hendaklah disegerakan supaya tidak ada yang tertinggal.