Home Berita PAS Kelantan

Uzur bukan halangan berkhidmat untuk rakyat

47
SHARE
PASIR MAS, 21 Dis: Meskipun dalam keuzuran, semangat untuk cekal berbakti kepada rakyat kental dan membara dalam sanubari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.
Sejak banjir melanda minggu lepas, YB Dato’ Mohd Nassuruddin terus meminta jentera pasukan keselamatan DUN mengiringi beliau meninjau keselamatan rakyat di seluruh DUN Meranti.
Tanpa menghiraukan keuzuran, beliau menghidupkan dan memandu sendiri bot kepunyaannya ke lokasi banjir paling kritikal.
“Kita susah Allah uji dengan uzur sikit tak apa, jangan rakyat susah akibat kekurangan makanan atau anak mereka tak cukup susu, lampin pakai buang dan sakit. Akibatnya kita jadi tak lena tidur sebab teringatkan nasib mereka lebih malang. Keperluan rakyat sama ada masa senang adalah amanah. Apatah lagi ketika mereka susah,” katanya.
Beliau memulakan operasi pemindahan pada awal bencana, pemantauan semasa dan pengagihan bekalan makanan asas pada pukul 2.30 dan pulang pada pukul 6.00 petang setiap hari.
Sumbangan bekalan makanan asas selesai diagihkan kepada 50 keluarga yang masih mampu bertahan di rumah masing-masing di Kampung Kubang Pak Hitam, Bakong dan Tok Rusa, semalam