Home Berita PAS Kelantan

ADUN Pengkalan Kubor lawat mangsa banjir

43
SHARE

TUMPAT, 19 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Wan Roslan Wan Hamat turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, semalam.

Seramai 25 keluarga telah ditempatkan di PPS tersebut yang membabitkan 116 mangsa.

Beliau berharap semua mangsa sentiasa tabah dan bersabar dengan ujian yang sedang dihadapi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri turut mendoakan semoga keadaan segera pulih dan semua urusan menyelamat berjalan lancar.

Turut mengiringi, kakitangan Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor dan penghulu.