Home Berita PAS Kelantan

Banjir Kelantan – 29 PPS dibuka, 5 PKOB diaktifkan

38
SHARE

KOTA BHARU, 18 Dis: Sehingga pukul 2 petang, terdapat 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kelantan bagi menempatkan 3,011 mangsa banjir yang membabitkan 893 keluarga.

Sementara itu terdapat lima Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) turut diaktifkan yang melibatkan PKOB Pasir Mas, PKOB Jeli, PKOB Tanah Merah, PKOB Machang dan PKOB Pasir Puteh yang bertindak menyelaras pengurusan banjir negeri.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob meminta supaya orang ramai sentiasa peka dengan perkembangan cuaca terkini dan arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutamanya melibatkan arahan untuk berpindah.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas langkah segera yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Jajahan yang pada masa ini sedang giat menguruskan mangsa-mangsa banjir di jajahan,” katanya.

Beliau juga meminta supaya semua wakil rakyat bersama-sama dengan Ketua Jajahan dan pegawai terutamanya di kawasan berisiko banjir mengambil langkah proaktif dan cakna mengenai keselamatan dan kebajikan rakyat di DUN dan jajahan masing- masing.