Home Berita PAS Kelantan

ADUN Bunut Payong sampaikan barangan kelengkapan perniagaan

167
SHARE

KOTA BHARU, 18 Dis: Seramai sembilan orang peniaga usahawan wanita menerima sumbangan kerajaan negeri berupa barangan kelengkapan perniagaan yang diadakan di Pusat Khidmat DUN (PKD) Bunut Payong, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dato’ Dr Ramli Mamat menyampaikan sumbangan kepada para peniaga dalam kawasan DUN Bunut Payong.

Dalam ucapannya, beliau berharap dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan golongan usahawan wanita dengan barangan kelengkapan asas perniagaan saat mereka berdepan dengan gelombang ekonomi tahun 2023.

Hadir hadir, Ketua Pegawai Tadbir PKD Bunut Payong, Shaari Mat Yaman.