Home Berita PAS Kelantan

Pakej 2B Lebuh Raya KB-KK 77 peratus siap

600
SHARE

KOTA BHARU, 8 Dis: Lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai (KB-KK) bagi Pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas kini sudah 77.14 peratus siap.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor, jarak pakej 2B ialah sepanjang 6.2 kilometer yang membabitkan kos RM190 juta itu masih dalam pembinaan walaupun sebelum ini mengalami sedikit kelewatan atas faktor pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Panjang keseluruhan projek KB-KK ialah 67.6 kilometer dan pakej yang telah siap pembinaan ialah Pakej 1B (Pasir Hor – Kadok) dan 2A (Kadok – Ketereh). Manakala, Pakej 2C dan 3A (Kok Lanas – Bukit Tiu), Pakej 3B (Kampung Berangan Mek Nab – Keroh) dan Pakej 3C (Keroh – Kuala Krai) juga masih dalam pembinaan,” katanya.