TUMPAT, 4 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan menyampaikan sumbangan katil hospital wakaf kepada Zainab Hassan, 77, di Kampung Kok Keli 2, hari ini.
Zainab mengalami masalah saraf dan komplikasi kencing manis dijaga oleh anaknya Zulkifli Ismail, 40 yang turut mengalami sakit kronik kegagalan buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.
Menurut YB Mohd Adanan, semoga dengan sumbangan ini akan dapat memberi keselesaan kepada Zainab yang sudah beberapa tahun dalam keuzuran.
Turut hadir, Penghulu Mukim Kok Keli, Rahim Salleh.