KOTA BHARU, 30 November: Demi menghargai iltizam dan komitmen penjawat awam dalam memastikan kewangan negeri berada pada keadaan yang baik, Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500.
Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata bantuan itu akan diberi pada Januari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
“Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM13 juta dan ia merupakan bantuan tertinggi yang pernah diberikan kerajaan negeri berikutan lebihan belanjawan dalam tempoh lima tahun berturut-turut,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal yang Kelima, Dewan Negeri Kelantan Ke-14, hari ini.