Home Berita PAS Kedah

ANAK MUDA PENCETUS TSUNAMI RAKYAT

120
SHARE

Saya ingin merakamkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada seluruh jentera Perikatan Nasional (PN) dari peringkat ahli hinggalah kepada kepimpinan termasuk para pengundi kerana telah bekerja keras untuk kemenangan bersama.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PDRM, Pejabat Daerah Baling dan semua pihak terlibat kerana telah bertungkus lumus memastikan PRU-15 di Baling berjalan lancar.

Secara kesimpulannya, kemenangan di Baling khususnya adalah kerana gelombang dicetuskan anak-anak muda sebelum menukarnya kepada gelombang rakyat.

Ustaz Hassan Saad

YDP PAS KAWASAN BALING