Home Berita PAS Johor

Cuti pekerja yang cukup untuk turun mengundi – Fazaridah Ishak

456
SHARE

Oleh YUHANIS ARIS

PARIT SULONG, 24 Okt – Pihak kerajaan dan swasta perlu memberikan cuti yang mencukupi bagi memastikan setiap pengundi turun melaksanakan tanggungjawab mereka ketika hari pembuangan undi.

Demikian kata Ketua Ameerah Tebrau, Fazaridah Ishak sewaktu program Sis Turun Undi di sini pada 22 Oktober lalu.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor berkata, cuti yang tidak mencukupi untuk balik dan turun mengundi antara faktor utama penurunan jumlah pengundi 18-40 tahun yang turun mengundi dalam Pilihanraya Negeri( PRN) Johor yang lalu.

“Fenomena ini jelas dalam kalangan golongan yang pertama kali mengundi ini.

“Dengan jumlah pengundi muda seramai 180,000 orang, Suruhanjaya Piliharan Raya (SPR) merekodkan hanya lebih kurang 5% anak muda yang turun mengundi pada PRN Johor yang lalu.

“Adakah ini suatu tanda protes atau sekadar berpunca daripada kurangnya kesedaran akan pentingnya satu undi yang diberikan? ,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Ameerah Johor, Farah Aqilah Abdul Hamid pula berkata tidak mahu anak muda yang hanya hebat memberikan komentar, tapi tegar memboikot setiap kali pilihanraya diadakan.

“Justeru itu, Ameerah Johor melaksanakan program Sis Turun Undi ni, bagi memberikan kesedaran kepada golongan ini akan pentingnya untuk turun mengundi.

“300 tandatangan dikumpulkan sebagai komitmen anak muda Johor untuk turun mengundi pada hari pembuangan undi nanti”, jelasnya lagi.

Turut hadir Ketua Wanita Perikatan Nasional Johor , Dato’ Hajah Azlinda, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Zhuliana Ambok, Pengerusi Perikatan Nasional Parit Sulong, Abd Halim Kepol serta Ketua Bahagian Bersatu Parit Sulong, Dato Aris Samsudin.

Sebelum ini, Program Sis Turun Undi telah dilancarkan pada 16 September 2022 di Malakat Mall, Cyberjaya.