Home Berita PAS Johor

“Niat baik, ikhlas, Allah bantu” – PJ Johor

93
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

PONTIAN , 24 Okt : Niat kita baik, tujuan kita ikhlas, Allah buka pelbagai sumber pertolongan.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin sewaktu merasmikan Pejabat operasi Khidmat Malaysia Kawasan Pontian di Markaz PAS Cawangan Sanglang, di sini semalam.

Tambah Abdullah, Khidmat Malaysia adalah untuk semua masyarakat tanpa kira parti.

“Khidmat Malaysia ini bukan untuk orang PAS sahaja, bukan untuk orang bersatu, tak kira siapa, UMNO, yang tiada parti, sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan. Terutama dalam suasana bencana dan sebagainya, mestilah di tolong.

“Kita berbeza politik, berbeza parti, pendekatan, tetapi hubungan yg baik tetap kita jaga. Jadi inilah apa yang kita sebut, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS),”ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Khidmat Malaysia Johor, Abdul Aziz Abdullah menyatakan Khidmat Malaysia tidak hanya fokus bencana sahaja.

“Khidmat Malaysia ni ada peranannya, dibawahnya ada agensi-agensi, antaranya Jabatan Amal, Briged, Lajnah Kebajikan dan sebagainya serta semua entiti yang bergerak dibawah bencana berada dibawah Khidmat Malaysia dan akan menyelaras bila berlaku bencana.

“Kita diperingkat negeri sentiasa kerjasama dengan agensi kerajaan yang ada dan sama-sama membantu meringankan beban dan juga masalah yang dihadapi ketika berlaku bencana”, katanya.

Ustaz Abdullah Husin berkesempatan untuk memberikan 13 pek makanan asas kepada asnaf di Pontian.

Turut hadir, Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Dato Isa Abdul Hamid, Yang diPertua PAS Pontian, Ibrahim Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia Johor, Khairul Anuar Ahmad Kamil serta Penyelaras Khidmat Malaysia Pontian, Zakaria Bachok.

Sebelum ini, PAS Pontian telah membuka kutipan untuk membeli aset bantuan banjir seperti bot, enjin bot dan sebagainya.