Home Berita PAS Kelantan

PRU15 tidak sesuai diadakan pada musim tengkujuh – Dato’ Mohd Amar

86
SHARE

TUMPAT, 17 Oktober: Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata Pelaksanaan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) ketika negara sedang menghadapi musim tengkujuh adalah tidak sesuai diadakan.

Ulasnya, Kelantan setiap tahun sentiasa berdepan dengan suasana banjir. Malah Kerajaan Negeri sudah pun bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku, ekoran laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menjangkakan berlakunya taburan hujan yang agak membimbangkan bermula awal September hingga Mac tahun depan.

“Macam mana mahu buat pilihanraya, sedangkan kita sudah tahu dari pengalaman lepas, Kelantan memang banjir, dan kerajaan sepatutnya kena bagi tumpuan kepada kebajikan rakyat, bukannya mengadakan pilihanraya,” katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Komuniti Tumpat pada 6 Oktober.

Jelasnya, Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan sehingga tahun hadapan. Pendirian tersebut mendapat persetujuan daripada pemimpin tiga negeri di bawah pentadbiran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.