Home Berita PAS Kelantan

Kelantan,Terengganu, Kedah pilih simbol ‘BULAN’ pada PRU-15

181
SHARE

KOTA BHARU, 16 Oktober: Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tiga negeri yang berada di bawah pentadbiran PAS akan menggunakan simbol parti sendiri bagi calon yang bakal bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).

Tambahnya, semua negeri terbabit ialah Kelantan,Terengganu dan Kedah yang mempunyai sokongan padu dari parti berkenaan.
“Kita akan berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkaitan keputusan untuk menggunakan lambang parti ini. Tetapi kita menyambut baik jika mana-mana negeri mahu menggunakan simbol parti ini selain daripada tiga negeri yang saya katakan tadi.”

Beliau berkata demikian pada khuliah duha bersempena Karnival Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera menerusi Facebook PAS.

Sementara itu, beliau yang juga penyandang kerusi parlimen Marang itu menyeru kepada semua rakyat agar menunaikan kewajipan untuk keluar mengundi serta memilih pemimpin yang mampu memeritah negara dengan baik, tulus dan ikhlas.