TANAH MERAH, 16 Oktober: Impian untuk memiliki tanah sendiri, akhirnya menjadi realiti. 16 penduduk Batang Merbau bersyukur dan terharu menerima geran hak milik tanah mereka.
Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik (Geran) Tanah berlangsung di kawasan Pasar Batang Merbau, Mukim Batang Merbau yang disempurnakan Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman.
Para penerima yang ditemui, menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pejabat tanah yang prihatin terhadap keperluan mereka.
Turut hadir, Ketua Jajahan Tanah Merah, Mohammad Yusoff Hassan.