Home Berita PAS Kelantan

Lawan tetap lawan – Dato’ Panglima Perang

190
SHARE

PASIR MAS, 15 Oktober: Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud mengisytiharkan kempen “Lawan Tetap Lawan” yakni penzahiran hak rakyat menunaikan tanggungjawab melalui kuasa memilih untuk mengangkat pemimpin yang bebas rasuah dan cakna rakyat bagi menerajui kepimpinan negara dan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu menjelaskan tiada masalah untuk pemastautin di dalam negeri keluar ke pusat pembuangan undi mahupun anak Kelantan di perantauan untuk balik mengundi kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan berlangsung pada tahun ini untuk parlimen dan pada tahun depan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kegembiraan adik kakok balik raya dua kali pun tak ada masalah, inikan pula balik beraya untuk mengundi tahun ini dan tahun depan. Ambo (hamba) yang uzur berkerusi roda pun sanggup berjuang, inikan pula adik kakak yang sihat segar tubuh badan. Kita lawan tetap lawan,” serunya ketika berucap merasmikan program Cakna Rakyat DUN Meranti yang sedang berlangsung di Madrasah Nasrullah Pohon Buloh.

Program kemasyarakatan berskala tahunan anjuran Pusat Khidmat DUN Meranti itu turut menyediakan pertandingan junjung bakul dan mengepit kacang menggunakan penyepit kayu.

Persembahan dikir barat Kumpulan Adik Manja dari Tendong dan paluan rebana ubi pimpinan seniman Sayuti Daud dari Kampung Ana menarik perhatian 500 pengunjung.