Home Berita PAS Johor

Bukti cinta Rasulullah dengan memperjuangkan sunnahnya

145
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 14 Okt : Antara bukti kita menyintai Rasullulah adalah dengan menghayati, menyebar dan memperjuangkan sunnahnya.

“Sebagai muslim, kita dituntut untuk mencintai Rasullulah bukan sekadar melafazkan di bibir, namun berusaha untuk menegaknya sunnah baginda dan menerapkan dalam kehidupan kita.

Demikian dinyatakan oleh AJK Alimat Negeri Johor, Ustazah Nor Suriati Zakaria dalam program Munajat Akifi Muslimat Negeri Johor di sini, hari ini.

Tambah beliau, kita akan tahu perjalanan hidup Nabi dalam menyampaikan Islam ke seluruh dunia dengan mempelajari Sirah Nabawiyah.

“Bukti cinta kepada Rasullulah juga adalah kita sentiasa mengingatinya, mendoakannya dan bercita-cita ingin agar dapat bertemu dengan baginda nanti.

“Cintai Rasullulah juga dengan menyukai apa yang baginda sukai seperti menyukai anak yatim, fakir miskin, tetamu dan menyayangi sahabat-sahabat baginda, ” tambahnya yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Muar.

Program yang diadakan di Pusat Tarbiah PAS Kawasan Muar ini melibatkan kehadiran hampir 110 orang muslimat dari kawasan Muar, Bakri, Ledang, Pagoh dan Segamat serta guru-guru PASTI Kawasan Muar.

Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Ustazah Zhuliana Ambok Dalek, Ketua Lajnah Tarbiah & Perkaderan Muslimat Johor, Norqasidah Nordin, isteri Adun Maharani, Maizaidah Mohd Jee serta Ketua-ketua Muslimat kawasan berkaitan.