Home Berita PAS Sabah

PAS sedia bertanding di Kalabakan

256
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
13 Oktober 2022

KALABAKAN : PAS Kalabakan bersedia mewakili penduduk P.191 Kalabakan dengan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kalabakan, Usman Madeaming, sebagai sebuah parti dakwah dan siyasah, hasrat untuk bertanding dalam PRU sudah pastinya menjadi agenda utama parti.

“PAS kawasan sentiasa bersiap siaga, kami telah memperkemaskan organisasi serta meningkatkan kemahiran jentera pilihan raya parti dalam rangka menghadapi kemungkinan bertanding untuk kerusi parlimen.

“Saya dan seluruh barisan kepimpinan serta Jentera PAS Kalabakan juga sentiasa mengambil kira pandangan dan keputusan syura dalam apa juga keputusan demi kestabilan dan penyatuan,” ujarnya dalam kenyataan media pada Selasa lalu.

Menurutnya, PAS kawasan akan sentiasa wala’ dengan segala keputusan yang telah di tetapkan oleh pusat yang baginya lebih memahami suasana politik semasa.

Beliau juga turut berpesan kepada seluruh rakyat khususnya Parlimen Kalabakan agar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 nanti.