Home Berita PAS Kelantan

Pasar Tok Kebali mula beroperasi 1 Oktober

142
SHARE

 

KOTA BHARU, 6 Oktober: Pasar Tok Kenali yang terletak di Binjai, Kubang Kerian telah memulakan operasinya pada 1 Oktober lalu dan kini dibuka kepada orang ramai.

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) juga memaklumkan, mulai 8 Oktober nanti, semua urus niaga Pasar Harian dan Pasar Minggu Binjai akan berpindah ke Pasar Tok Kenali.

Hasil tinjauan yang dibuat oleh pihak media Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), sebahagian besar peniaga di pasar tersebut berpuas hati dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan di situ.

Menurut Ramlah Jusoh, 59, peniaga buah dan sayur di pasar tersebut berkata, beliau sangat bertuah dapat berniaga di situ kerana banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak MPKB-BRI seperti tandas dan surau yang selesa.

Berhubung perkara yang sama, Ruslan Arifin, 49, yang telah berniaga ikan lebih 20 tahun berharap dengan kemudahan tempat letak kereta yang banyak dan luas disediakan, diharapkan dapat menarik lebih ramai pembeli untuk datang ke pasar tersebut.

“Sekarang, disebabkan masih baharu dibuka dan ramai yang tidak tahu, saya mohon agar pihak yang berwajib dapat membuat publisiti dan menguarkan kepada orang ramai tentang pembukan pasar ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, salah seorang pembeli, Mariam Yaman, 68, yang tinggal di Kampung Padang Bongor berkata, sebelum ini di pasar lama Binjai, tempat agak sempit dan sukar untuk letak kenderaan, akan tetapi tempat yang baharu ini jauh lebih selesa, bersih dan cantik.

Sebagai rekod, antara gerai yang disediakan di Pasar Tok Kenali ialah lapan gerai ikan, empat gerai ayam, dua gerai daging, empat gerai sayur, dua gerai santan, tiga gerai pelbagai (runcit), dua gerai buah-buahan, dua gerai kuih-muih dan dua gerai makan.