Home Berita PAS Kelantan

10 pelajar lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK terima tajaan BSIP

130
SHARE

KOTA BHARU, 4 Oktober: Sepuluh pelajar cemerlang yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 dan ke atas menerima tajaan Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sesi 2022/2023, semalam.

Majlis penyampaian biasiswa tersebut diadakan di Dewan Tok Kenali, MAIK dan disampaikan oleh Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz,
Program yang pada awalnya menggunakan wang peruntukan tabung di bawah Tabung Yayasan Pengajian Tinggi Sultan Ismail Petra (TYPTSIP) telah dijenamakan semula pada tahun 2021 dengan nama Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK.

Sementara itu, BSIP tajaan biasiswa peringkat Ijazah Pertama kepada para lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK khususnya kepada pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf Fisabilillah.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman, Pegawai Kanan MAIK serta para Pensyarah Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.