Home Berita PAS Kedah

Kursus dan pratikal pemeriksaan kesihatan DMPK Padang Terap

90
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

BAROKHAS – Dewan Muslimat PAS Padang Terap (DMPK) dengan kerjasama Muscare Muslimat PAS Kedah telah mengadakan kursus dan pratikal pemeriksaan kesihatan di Komplek PAS Padang Terap pagi kelmarin.

Seramai 20 orang peserta dari kalangan muslimat dan juga Ahli Jawatankuasa Muscare muslimat PAS Padang Terap.

Kursus dan pratikal pemeriksaan kesihatan ini di bawah bimbingan Dr. Rahimah Sahit. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah.

Beliau menerangkan tentang penyakit darah tinggi dan kencing manis, simtom awal penyakit tersebut serta bagaimana cara untuk melakukan pemeriksaan.

Dewan Muslimat PAS Padang Terap merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas perkongsian ilmu kesihatan dan teknik rawatan yang di berikan.

Turut hadir bersama ialah Ketua Muscare Dewan Muslimat PAS Padang Terap Sofiah Hussin, Cikgu Zainon Ismaon dan Setiausaha Muslimat Sofiah Othman.