Home Berita PAS Kelantan

Kerjasama antara pemimpin memberi kelebihan kepada rakyat – Exco Perpaduan Masyarakat

794
SHARE

KEMAHANG, 29 September: Dengan adanya kerjasama yang baik antara pemimpin akan memberi banyak kelebihan kepada rakyat dalam usaha menangani masalah rakyat di semua peringkat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman berkata demikian sewaktu berucap sama pada Majlis Bekwoh Kampong Ahli Parlimen Tanah Merah di Dewan Felda Kemahang 1, baru-baru ini.

Bekwoh Kampong adalah program anjuran Ahli Parlimen Tanah Merah, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang menyaksikan pemimpin turun padang untuk bertemu rakyat dan berbincang tentang masalah rakyat.

Beliau yang juga Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan berkata, dengan adanya kerjasama antara pemimpin di peringkat pusat dan negeri akan tambah melancarkan setiap program dan bantuan untuk rakyat.
Sempena majlis tersebut, acara cabutan bertuah turut diadakan bagi meraikan para hadirin.