Oleh SHAKIRAH AZIZAN
LANGKAWI – Ameerah Langkawi berjaya menganjurkan 5K Langkah Wanita Muda di Pantai Taman Lagenda, Kuah, Langkawi pada Jumaat lalu.
Menurut Ketua Ameerah Fun Club Ameerah Langkawi, Roslizawati Jaafar, 5K Langkah Wanita Muda ini dikhususkan khas kepada wanita muda dan acara berkenaan bermula pada jam 8 pagi.
Sementara itu, seorang peserta 5K Langkah Wanita Muda, Farhana Mohd Jamil, menzahirkan rasa syukur berpeluang membawa anak-anak untuk turut serta dalam program kali ini.
“Alhamdulillah dapat buat lima ribu langkah bersama Ameerah Langkawi dan anak-anak pada masa sama dapat mengumpul pingat sebagai kenang-kenangan,” ujarnya.
Selain itu, menurut peserta, Syawani Abdul Ghani, penganjuran aktiviti begini sangat menarik anak muda sepertinya.
“5 ribu langkah ini menarik, dapat berkenalan dengan rakan baru, boleh langkah secara santai dan boleh larian berkumpulan,” katanya.
Setiausaha Ameerah Langkawi, Amira Saad berkata, lima ribu langkah ini dapat membantu menurunkan berat badan secara sihat seperti impian setiap wanita.
Tambah beliau lagi, Al-`Aqlu salim fi jismi salim akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas.
Ketua Ameerah Langkawi, Zakiah Kamaruddin berkata, peserta yang menyertai 5K Langkah Wanita Muda ini tepati masa dan rasa seronok dapat menerima pingat dan bouquet bunga coklat daripada pihak Ameerah Langkawi.