๐๐๐ง๐ฒ๐๐ญ๐๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐ข๐ง๐๐ง๐
๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ผ๐น๐ฎ๐ธ ๐ฃ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป (๐ฃ๐)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Pulau Pinang menyokong kenyataan Presiden PAS YB Tan Sri Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa PAS menolak khemah besar bersama Pakatan Harapan (PH).
Tempoh 22 bulan pemerintahan PH sebelum ini, menyaksikan negara berada dalam polemik serta permasalahan perkauman, perlembagaan negara, agama Islam serta institusi raja diganggu gugat oleh mereka.
Selain itu, rakyat Malaysia perlu matang dan bijak membuat keputusan untuk menolak PH pada PRU-15 ini serta tidak mudah terpengaruh dengan slogan-slogan baharu dan janji manis mereka.
Pulau Pinang adalah nadi utama DAP-PH dilihat menjadi โtikus makmalโ kepada pembangunan tidak seimbang yang sedang mereka terajui masa ini bahkan, pelbagai isu berkaitan projek memberi impak negatif kepada rakyat Pulau Pinang, misalnya projek PSR.
Justeru, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu- Islam harus buka mata untuk melihat wajah sebenar dalang yang berselindung di sebalik topeng PH iaitu parti yang menganuti fahaman sosialis.
Oleh itu, gagasan penyatuan ummah di Pulau Pinang ini bakal mengorak langkah membawa perubahan setelah hampir tiga dekad diterajui oleh DAP-PH malahan, tiada yang mustahil jika rakyat Pulau Pinang bersatu hati menyahut seruan penyatuan ummah demi kesejahteraan negeri tercinta.
‘Malaysia Sejahtera’
๐จ๐๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐๐๐ถ ๐ฌ๐๐๐ผ๐ณ๐ณ
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang