Home Berita PAS Kelantan

Penyertaan sukarelawan Skuad Waja meningkat

100
SHARE

SELANGOR, 12 September: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff memaklumkan berkata, Skuad WAJA (Wanita Anti Jenayah) mendapat penyertaan lebih 326,500 sukarelawan melibatkan 252,139 golongan wanita dan 74,361 golongan lelaki yang berdaftar di seluruh negara.

Katanya, Skuad WAJA ini mendapat seliaan daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang berfungsi sebagai ejen dan telinga kerajaan dalam masyarakat bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai jenayah.

“Skuad WAJA juga berperanan untuk menyediakan bantuan awal kepada mangsa yang berhadapan dengan situasi keganasan atau penindasan,”katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Semarak Skuad WAJA Kebangsaan 2022 di MAEPS, Serdang, semalam.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan 74 ribu klien telah mendapat manfaat daripada Skuad WAJA yang berkemahiran dan memiliki ciri-ciri tersendiri dalam meluaskan peranan membantu masyarakat yang memerlukan.