KUALA KEDAH – Ucapan terima kasih terus meniti di bibir penduduk Kampung Kebun Pinang, Kuala Kedah khususnya para petani yang menzahirkan rasa syukur atas usaha yang dilaksanakan Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundur.
Sebelum ini, ramai dikalangan pesawah meluahkan rasa kecewa mereka terhadap agensi kerajaan yang terlibat kerana cuai serta lepas tangan.
Lebih mendukacitakan apabila pernah ada wakil rakyat yang hanya sekadar menabur janji manis kepada para petani.
Namun, atas usaha yang dilaksanakan pusat penyelaras DUN yang dipengerusikan oleh Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi telah membuahkan hasil.
Rata-rata penduduk di sini berpuas hati dengan pelaksanaan proses pembinaan laluan baru di sini. Bagi memudahkan urusan petani, apatah lagi bila mana tiba musim menuai.
Justeru itu, pihak penyelaras DUN Pengkalan Kundor turut merakamkan penghargaan kepada MADA & JPS kerana mengambil tindakan segera atas aduan yang diterima.
Dr. Ahmad Fakhruddin juga memberi gambaran bahawa akan sentiasa komited & konsisten dalam melaksanakan tanggungjawab. Terutamanya buat masyarakat sekitar Kuala Kedah.