BALING – Keadaan di sekitar kawasan kejadian bencana banjir besar dan kepala air dipenuhi dengan timbunan selut di kawasan dalam dan luar rumah mangsa terjejas.
Sehubungan itu, PAS Kedah memberi arahan kepada PAS Kawasan untuk menyediakan petugas bagi melaksanakan ops cuci bagi membantu penduduk terjejas di sekitar Baling.
Oleh itu, Jabatan Amal kawasan Jerai ditugaskan untuk melaksanakan Ops Cuci di Taman Mesra, Baling.