SIK – Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HELWA) Jabatan Pilihanraya DUN (JPrD) Jeneri menziarahi 15 keluarga daripada golongan Miskin, Orang Kurang Upaya, Sakit, Warga emas, Armalah dan Anak Yatim (MOSWAY) di Kampung Selamat Mukim Teloi.
Dalam lawatan tersebut turut menyampaikan sumbangan Bakul Makanan dari ADUN Jeneri, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (Menteri Besar Kedah).
Kita mendoakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada mereka yang sakit dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian.