Home Berita PAS Kedah

Jualan Tanah Kubur saham akhirat berpanjangan

166
SHARE

POKOK SENA – Yang Dipertua PAS Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim turut serta di majlis pelancaran jualan Tanah Kubur Masjid Nurul Ehsan Langgar, di sini.

“Jualan tanah kubur ini merupakan peluang kepada kita semua, terutama anak qariyah di sini untuk membuat saham akhirat yang berpanjangan”.

“Setiap dari kita perlu merebut peluang ini sebaiknya kerana bukan selalu peluang ini akan datang kepada kita,” katanya ketika ditemui wartawan.

Majlis perasmian kutipan sumbangan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Agama Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar.

Sebelum merasmikan kutipan Syeikh Faisol terlebih dahulu menyampaikan khutbah berkaitan kepentingan membelanjakan harta ke jalan ALLAH.

Sebanyak RM300,000 diperlukan bagi urusan membeli, meratakan dan memagar tanah perkuburan tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam Malaysia Berhad, 02075010049852 atas nama Masjid Nurul Ehsan, Langgar.